Wednesday, December 31, 2008

~Cuti..MC~

Semlm aku cuti tp terMC sbb x sihat..(save cuti beb..ahaks)

Cuti sbb mmg ada urusan ngan abg kat dot dot tu..memula sampai rasa hampeh jek sbb aku bkn nak sesi yg cam tu.. Abg suka la sbb dia mmg xmo pegipun tp kena pegi la kan..so lps sesi tu aku decide utk sesi satu lagi secara individu sbb aku mmg nekad nak teruskan. Tapi x tau bila..mmg klo nak ehem ehem cara baik ni lambat sket proses dia. Sabar jek la....

Pas balik tu singgah pejabat insurans. Ok la..kakak tu nak tolong aku dapatkan hak aku. Bukan setakat yg aku tuntut tu tapi kakak tu kata aku boleh dapat lebih lagi..huhuu.. xpe la kak..aku x mo tamak..aku cuma nk RM aku balik je..tp kalau dapat lebih lagi bagus la..heheee

Aku dapat MC semlm sbb balik dari urusan tu semua mcm x sihat so singgah klinik..darah naik..stress lg kot..hmm

Hari ni keje..update kat ofis jek. Semalam nk update blog ni tapi kakak asyik dok melekat ngadap myspace dia..sekarang ni semua kena share bila dah ada anak yg 'saiz' sebaya ni.

Monday, December 29, 2008

Bosan

Bosannya dok umah..aku ni dh kena angin ske gi keje kot. Rasa mcm best jek kalau kat ofis jumpa kwn2..padahal kat umah sekarang dh ada internet tapi aku still bosan sgt.

Td bersms ngan Ita..dia pun bosan giler..hehehe..esok plak aku cuti sbb nak uruskan hal aku ngan abg kat dot dot dot..balik dari urusan ber'appointment' tu plak aku ada appointment ngan kakak kat insurans.

Aku bengang tahap dewa betul sbb insurans keter JJL aku yg eksiden total lost x settle2 lagi.. so aku nk guna khidmat kakak insurans ni utk tolong uruskan..aku dh menyampah betul ngan syarikat insurans ni..time suruh beli insurans bukan main manis tapi bila nak claim banyak betul cengkadak drg!

Bak dh mula stay kat umah aku..nasib baik umah baru aku ni besar la dari kuaters dulu..bak pun mcm selesa dan mcm pandai bwk diri xnak susahkan aku psl makan minum dia. Aku ni dah la 'rajin' sgt ke dapur..hehehe..

Tadi call mak..mak pulak merajuk sbb pas ni susah dia nak datang umah aku sbb bak ada..alahaiiiii...alang2 nanti aku jodohkan balik lar mak ngan bak sbb dua2 dh solo balik nihh..hehee

Saturday, December 27, 2008

Dilema

Dapat call dari my bak..bak akan stay kat umah aku. Sampai bila x tau sbb jodoh bak ngan mak cik dh xde..hmm.. yang pasti aku dalam dilema. Bukan sbb aku xnak jaga bak..bak pun bukan nak dijaga sbb dia masih kuat untuk ke sana ke mari..bak pun bukan suka melekat kat umah..dia masih ramai kawan dan suka jumpa kawan2 walaupun dah beberapa tahun bersara. Aku dlm dilema sbb aku x pandai jaga hati bak nanti..aku bukan seorang yang pandai jaga hati orang..kalau ada apa2 aku akan lepaskan..itu yang aku risau..huk2..aku call along..along bagi kata2 semangat kat aku utk layan bak nanti.

Hari ni gi majlis persandingan Fara. Rajin pulak aku dtg ek..masa nikah aku dtg..mlm berinai aku datang..bersanding pun aku dtg..hehee..bukan apa..suka tgk org kawin ni..mcm best aje kan. Hope Fara & Nizam bahagia dan kekal ke anak cucu walaupun sebelum kawin tu mcm2 dugaan drg.

Friday, December 26, 2008

Kembali Menulis

Hari ni tergerak hati mahu menulis semula. Setelah lebih dua tahun aku meninggalkan dunia blog ini..hanya sekadar menyinggah dan membaca blog kawan-kawan.

Hmmm...nak mulakan cerita apa yer kat blog ni??

Cerita pasal anak-anak?? Hmm...kakak dah nak naik form 1 tahun depan..Wawa pulak naik darjah 3 dan Naufal enam tahun..tahun lepas Naufal mula sekolah tadika tapi biasa la..anak lelaki..bongsu pulak tu..manja lebih dan aku pun x beratkan sangat untuk dia terus boleh nak membaca, menulis, mengira...cukup la dia kenal ABC aje tapi tahun ni aku akan mula tegas sikit la..hehehe

Pasal kawan-kawan..hmm..aku happy sejak pindah kat ofis baru ni..dulu mula-mula macam asyik nak balik ofis lama tapi bila dah ngam ngan ofismate kat sini rasa macam best sgt2..

Kat ofis baru ni aku kenal kawan-kawan yang kaki jalan so sejak kat sini aku dah pegi banyak tempat la macam Kelantan, Terengganu, Langkawi, Sabah dan bulan dua nanti nak gi Jakarta..huhuu

Kami kat ofis ni ada 5 orang geng yang agak kamceng la..hari ni tinggal aku, Ita ngan Naz jek kat ofis.. hari ni Fara nikah, Mek plak cuti balik Kelantan..tadi tghari kitaorg gi umah Fara..usik2 pengantin..hehehe..

Orang lain sibuk cuti tapi aku x plan apa2..cuti pun dah habis so dok umah jek laa...